Friday, December 23, 2016

10 Kafe Kid-Friendly Di KL & Selangor

1. Goodness Greens Cafe, Taman Tun Dr Ismail

Peminat jus La Juiceria pasti teruja dengan kafe terbaru mereka yang menyajikan menu penuh nutrisi, termasuk salad yang boleh direka sendiri! Si kecil boleh menikmati jus-jus berwarna-warni mereka di sudut permainan yang disediakan. Aktiviti seni untuk kanak-kanak juga diadakan di kafe ini; ikuti mereka di media sosial untuk menyertai sesi seterusnya!

Alamat: 32 Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9 pagi - 9 malam (Isnin - Jumaat) | 8 pagi - 9 malam (Sabtu & Ahad) No. Telefon: +6018 368 3320
Pork-free (dalam proses mendapatkan sijil Halal)

Ikuti Goodness Greens Cafe di Instagram | Facebook

Image by SAYS

Image by SAYS

2. Rimba & Rusa, Kota Damansara


Sementara geng dewasa mengopi dan berborak, geng kenit pula boleh bermain sepuas hati di sudut mainan yang disediakan di tingkat atas. Bagi ibu bapa yang gemar dengan sajian sihat, menu menarik yang disediakan di Rimba & Rusa pasti menambat hati! Pilih daripada pelbagai jenis salad, pasta, hidangan tempatan, dan juga smoothie!

Alamat: D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Waktu Operasi: 8 pagi - 11 malam (Selasa - Ahad) | 4 petang - 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin
No. Telefon: +603 6151 4022
Pork-free

Ikuti Rimba & Rusa di Instagram | Facebook

Image by SAYS
Image by SAYS

3.  Sköhns Canteen, Damansara Perdana

Lokasi sudut permainan yang bersebelahan dengan meja-meja makan di kafe yang kasual dan ceria ini memudahkan ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka setiap masa. Kafe yang banyak menyokong kerja amal ini perfect untuk ibu bapa yang ingin menyematkan budaya tolong-menolong dalam anak-anak mereka. Mainan dan pakaian boleh diletakkan di rak Free Market mereka, dan makanan juga boleh dibayar untuk orang yang lebih memerlukan melalui program Suspended Meals mereka.

Alamat: Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya
Waktu Operasi: 11 pagi - 10.30 malam
No. Telefon: +6016 567 0672
Pork-free (owner dan chef Muslim; hanya bekalan Halal digunakan)

Ikuti Sköhns Canteen di Instagram | Facebook

No comments:

Post a Comment